Thursday, December 8, 2011

Public Gold X-Plan

Wednesday, December 7, 2011

Did you know? Gold Karat is a measure of percentage purity, not weight.

Karats are often mistaken to be a weight measure used by jewelers. Instead karats are a measure of gold's purity.

Pure gold is too maleable to be used as-is by jewelers: a ring made of pure gold would bend and loose its shape and be impossible to wear. So jewelers "dillute" gold by mixing it with other stronger metals. One Karat measures the fineness of gold in 1/24 part which is 4.2%. Hence a 18 karat gold ring is made of 18/24 parts of gold, or 75% gold and 25% other metals.

Metals added to gold are of cheaper value, so for equals weight, the price of a jewelery item goes up when the karat count goes up too.

Friday, November 18, 2011

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas Fizikal

Beberapa tips bagi menjana keuntungan melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca . Teknik-teknik yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memahami bagaimana keuntungan dapat dijana melalui pelaburan emas. Semua ini diperolehi dari rujukan-rujukan dari beberapa praktik sifu pelabur emas di Malaysia. Selamat membaca! 

TEKNIK PERTAMA :  Beli emas & jual apabila harga naik. 
Apa yang perlu dilakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik asas yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Cuma tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan, dengan merujuk kepada harga pasaran semasa.

Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.

Diingatkan kepada para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana (6 ke 12 bulan) & panjang (12 bulan ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!



TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan & konsisten.
Kaedah ini memerlukan disiplin, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.4.00
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.2.00
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR). Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah: 
(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6,478.44. Jadi, keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 22.67%. 

Oleh itu mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!
TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum.


Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 x 15 = 27,348.00 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.40
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.20
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

Kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,080.71 bagi  setiap 20 gram jongkong emas.

Maka keuntungan anda ialah:
(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong=RM21,847.54


Oleh itu keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 40.38%.

TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada UNTUNG atau TIDAK seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.


Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.


Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Di bawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.


KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10,000.00 untuk tempoh 5 tahun maka ansuran perlu dibayar sebanyak RM227.00 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00. Jika RM10,000.00 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.


Apabila pinjaman sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2,351.00.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18,808.00 (RM2351 x 8)



Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4,505.00 seunit. Jadi RM4,505.00 x 8 keping = RM36,040.00



Keuntungan bersih anda ialah RM22,420.00 dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!

Rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas (diingatkan Ar-Rahnu hanya terima barang kemas sahaja).
Sekarang akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur-pelabur emas bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik Ar-Rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.

Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step di bawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di Ar-Rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksimakan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar-Rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi beberapa kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000.00 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.
TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik di atas, kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!! 

Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!! 

Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!


Bagaimana melabur sambil berniaga?
Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun berpeluang menjual emas keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan (jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas fizikal yang menjual emas mengikut harga antarabangsa.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.
Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my (atau blog ini) dan harga ini berubah setiap 20 minit.
Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
1. Komisyen jualan 1.5% (khas untuk Priority Dealer)
Anda akan mendapat komisen jualan sebanyak 1.5% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisen 1.5%.
Sebagai contoh: Berdasarkan harga emas Public Gold di atas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057.00 + RM30.00 (kos pengangkutan) maka komisen anda adalah RM210.85 (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).
2. Keuntungan belian balik di antara 5%-6%.
Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “We Buy” (lihat harga di atas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut pada harga “We Sell” dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.

Sebagai contoh: Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda membelinya pada harga RM13,354.00. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057.00 + RM30.00. Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini.

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula.

Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut apabila harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.
Semoga, perkongsian ilmu ini dapat membantu para pembaca blog ini memahami menjana keuntungan dengan pelabuan emas fizikal.


Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Thursday, November 17, 2011

Pilihan Pelaburan

Dengan RM10,000.00. Apa pelaburan yang memberikan keuntungan tinggi dengan risiko rendah?
Ok. Mari kita lihat pilihan-pilihan yang ada.

A. Pelaburan Risiko Rendah = Keuntungan Rendah
  1. Simpan di dalam akaun simpanan dan nikmati faedah 0.15 – 1.4% setahun = maksima RM140.00 setahun
  2. Simpan di dalam akaun simpanan tetap dan nikmati faedah 3.0 – 3.8% setahun = maksima RM380.00 setahun
  3. Simpan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan nikmati faedah 7.0 – 9.0% setahun = maksima RM900.0
Kesan : Selamat & Tidak terdedah kepada kehilangan modal

B. Pelaburan Risiko Sederhana = Pulangan Sederhana
  1. Simpan di dalam Unit Amanah (Unit Trust) dan nikmati kadar faedah purata 10.0% – 20.0% setahun = maksima RM2,000.00
Kesan : Selamat dan mempunyai kemungkinan untuk kehilangan modal

C. Pelaburan Risiko Tinggi = Pulangan Tinggi
  1. Melabur di dalam pelbagai instrument pasaran saham, stok dan sebagainya dan nikmati kadar dengan faedah melebihi 100%
Kesan : Tinggi risiko untuk kehilangan modal pelaburan dan berkemungkinan untung lebih tinggi . Tidak digalakkan bagi kebanyakan pelabur yang tidak berpengetahuan. Bayaran yuran 'Remaiser' dikenakan.

D. Pelaburan Risiko Rendah = Pulangan Tinggi
  1. Simpan di dalam bentuk emas fizikal dan nikmati kadar pulangan purata 25 – 42% setahun = maksima  RM4,200.00 setahun
Kesan : Selamat dan anda mempunyai kawalan bagi menentukan kadar pulangan pelaburan anda pada bila-bila masa sahaja. Mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi serta jangka hayat yang panjang. Kita sendiri yang menentukan bila hendak mengaut keuntungan.

Pilihan pada anda, buatlah pilihan yang bijak untuk anda melabur untuk masa depan?


Berikut adalah jadual perbandingan pelaburan yang dengan anggaran purata keuntungan tahunan.

Jadual Perbandingan Antara Cabang Pulangan Pelaburan

Graf Kenaikan Harga Emas www.kitco.com Pada 16 November 2011

Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Wednesday, November 16, 2011

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8%. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8%.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5%. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, 1 auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. 

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. 

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami. Khidmat rundingan PERCUMA diberikan.
PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Monday, November 14, 2011

PUBLIC GOLD GALA DINNER 11.11.11-Golden Heart For Charity

Pada 11.11.2011, Public Gold telah mengadakan makan malam tahunan ke-3, dengan tema pada kali ini 'Golden Heart For Charity' bertempat di Sunway Convention Centre. Hasil jualan tiket didermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah. Semua agen yang hadir turut berderma dengan membeli tiket untuk hadir ke makan malam ini.

Kami kumpulan 'Dulang Emas' bersama group 'Rahsia Tambah Pendapatan Dengan Emas'  tidak ketinggalan hadir untuk bersama-sama menderma kepada Yayasan disamping mengeratkan tali-silaturahim antara kami dan agen-agen Public Gold seluruh Malaysia.

Bergambar Bersama Dato' Louis Ng (Chairman Public Gold)              

Sebelum Masuk Dewan Sempat Bergambar                                        

Dimeja Sempat Berkongsi Idea dan Bertukar Pendapat                       


Jika berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Wednesday, November 9, 2011

Keuntungan Pelaburan Emas Fizikal

Kali ini sekali lagi admin Dulang Emas sama-sama ingin berkongsi dengan pembaca semua, adakah anda masih tertanya-tanya. Jika pelaburan AMANAH/UNIT TRUST/SAHAM KOPERASI mungkin anda semua tahu, di mana dividen/keuntungan akan diberi kepada para pelabur setahun sekali. BAGAIMANA dengan pelaburan emas fizikal??? Artikel ini akan menunjukkan bagaimana anda akan perolehi keuntungan dengan pelaburan emas fizikal.
Pada 25/2/2011, anda membeli emas bar dari PG (atau kami selaku Agen) pada harga PG Sell dan akhirnya pada 9/11/2011 jika ingin mengaut keuntungan, emas tersebut boleh dijual semula kepada PG (atau kami selaku Agen) pada harga PG Buy.

Hasilnya adalah seperti jadual di bawah.


Jika Bar 20g keuntungan sebanyak 18% (paling rendah) manakala jika Bar 250g keuntungan sebanyak 20%. Ini cuma tempoh selama 8 ke 9 bulan sahaja.

Mungkin anda akan terasa rugi tak beli pada awalnya. TIDAK, sebab anda belum melabur, macam mana rugi pulak. Anda masih tidak yakin, dan ingin tahu secara vobal tentang pelaburan emas? Hubungi admin Dulang Emas, kami sedia membantu untuk memberi khidmat perundingan PERCUMA.

Tuesday, November 8, 2011

Kenaikan Harga Emas

(Graf di sunting dari http://www.kitco.com/charts/livegold.html pada 8 November 2011@10.15 a.m.)

Jika post sebelum ini menyediakan bagaimana dengan melabur emas memberikan peratus keuntungan yang dijana melalui emas sepanjang 2010 adalah 34.13 %!!! Nampak gaya untuk tahun 2011 ini akan mengatasi dan akan memberi keuntungan melebihi 40%. Jika anda sebagai pelabur emas, sudah boleh untuk menconggak keuntungan yang akan anda perolehi. Kepada mereka yang belum memulakan pelaburan emas, harga hari ini masih lagi di bawah RESISTANCE (USD1900.30) yang pernah dicapai sebelum ini. Lagi ditunggu, emas masih ada TETAPI harga hari ini sudah menjadi SEJARAH.

Post sebelum ini ada mengatakan keuntungan pelaburan atau simpanan dalam bentuk emas sebenarnya BUKAN SATU REKTORIT! Sebaliknya ia adalah FAKTA dan graf di atas menjadi bukti kukuh mengapa EMAS adalah pelaburan dan pelindung kekayaan terbaik.

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami. Khidmat rundingan PERCUMA diberikan.
PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Friday, October 28, 2011

Keuntungan Pelaburan Emas dan Perak

Betul ke pelaburan dan simpanan dalam bentuk emas kebanyakan orang bercakap memberikan keuntungan yang lumayan. Betul ke seperti kata pelabur-pelabur emas atau penyimpan-penyimpan emas dan perak yang mana keuntungan emas dan perak antara 20%-37%. Sehinggakan ada yang membuat perbandingan dengan pelaburan ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan sebagainya?

Atau itu HANYA penipuan dan sekadar bahan pelaris agar emas yang mereka jual meraka laku? Bagi anda yang baru mahu melibatkan diri dalam portfolio simpanan dan pelaburan emas, jika diceritakan tentang keuntungan ini, anda akan mungkin akan mengubah persepsi? Mungkin TIDAK atau mungkin YA! Jawapan ada pada ANDA.

Baiklah, keuntungan pelaburan atau simpanan dalam bentuk emas sebenarnya BUKAN SATU REKTORIT! Sebaliknya ia adalah FAKTA dan menjadi bukti kukuh mengapa EMAS dan PERAK antara alternatif pelaburan dan pelindung kekayaan terbaik.

Sila lihat graf analisa keuntungan emas sepanjang tahun 2010:
Keuntungan yang dijana melalui emas sepanjang 2010 adalah 34.13 %!!!

Pengiraan keuntungan = 1423.70-1061.40 x 100
                                             1061.40

                                  = 34.13%

"Hanya pelaris perniagaan penjual emas?" TIDAK!

Graf analisa 10 tahun pergerakan harga emas dari tahun 2000-2010:
Keuntungan yang dijana dari tahun 2000-2010 adalah 457.65% bersamaan secara purata 45.76% setiap tahun.
Lihat pula graf pergerakan harga perak sepanjang tahun 2010:
Keuntungan yang dijana melalui perak sepanjang 2010 adalah 106.34%!!!

Pengiraan keuntungan = 30.91-14.98  x 100
                                          14.98

                                  = 106.34%

Inilah yang menyebabkan mereka yang mengetahui keuntungan pelaburan emas tidak lagi menoleh ke belakang. ANDA macam mana????

Tuesday, October 25, 2011

Beli... Simpan... Jual.... Untung

Sama-sama kita tengok bagaimana pelaburan emas memberi keuntungan melebihi 30% hanya dalam tempoh 18 bulan (1 tahun 6 bulan) sahaja. Tidak perlu  nak buat manipulasi.... Anda hanya beli... simpan...jual, itu sahaja!!!

Di mana hendak beli?....dengan kami boleh

Di mana hendak simpan?....di rumah boleh, sewa peti simpanan boleh, ar-rahnu boleh,  dengan kami (Public Safe) pun boleh

Di mana hendak jual?....dengan kami boleh


PENGIRAAN KEUNTUNGAN:

Dengan membeli gold bar 100g
@23/08/09

Harga beli (selling price@23/08/09) = RM11,275.00
 
Harga jual (buying price@25/02/11) = RM14,887.00

Keuntungan bersih : RM14,887.00-RM11,275.00 = RM3,612.00

Peratus keuntungan keseluruhan : (RM3,612.00/RM11,275.00) x 100% = 32% 

Peratus keuntungan bulanan : (32% / 18 bulan) = 1.7% 

Peratus keuntungan setahun : 1.7% x 12 bulan = 20.4% 

Peratus keuntungan 5 tahun : 1.7% x 60 bulan = (anda kira) 

Peratus keuntungan 10 tahun : 1.7% x 120 bulan = (anda kira)

Ini adalah asas mudah untuk membuat pelaburan emas. Yang membezakan dengan pelaburan unit Amanah lain seperti ASB, Unit Trust, Saham dsb., ialah, kita dapat mengira berapa keuntungan yang akan dapat hasil dari kenaikan harga emas, bila masa kita hendak menjual semula emas untuk membolehkan kita mendapat untung. Emas ada dalam tangan, nak pakai (kalau barang kemas) atau nak pajak atau nak simpan sahaja terpulang kepada kita, namun nilainya tetap meningkat.

Bagaimana dengan ASB, Unit Trust dan Saham? ASB ada buku...Unit Trust ada surat perjanjian, Saham ada sijilnya....nak pakai? atau nak pajak? atau nak simpan? Jawapan ada pada anda..... 

Jika anda baru hendak bermula tahun ini@2011 tiada masalah, kelebihannya anda boleh mendapat ilmu pelaburan emas dengan mudah dan cepat berbanding mereka yang 'struggle' sebelum ini, kerana 'dealer' syarikat belum ramai, tetapi sekarang merata pelusuk ada untuk memudahkan anda. Rangkaian antara 'dealer' pun ramai. 
Hubungi kami 016-9535267 / 019-2547882 (jika ada sebarang pertanyaan)

Wednesday, October 19, 2011

Emas vs ASB vs Unit Amanah

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas), seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Saham Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik. 

Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. 

Semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.

Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.
Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan
1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.

2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.

3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.

4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.

1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?
One year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.
10 year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
sumber: goldprice.org

Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.

2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular:
   
   i. Biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24 karat) atau 916 (22 karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer.
   ii. Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun. Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa.

Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.

3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar RM70/tahun.

Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB

Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 :
Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? Adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : 
Emas nak jual kat sape? Mudah ke prosesnya?

Jawapan No 1:
Ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada awal tahun (bulan Januari) mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram:  RM 2698.00 x 5 keping = RM 13,490
ii. 50 gram: RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202 (layak mendaftar sebagai Dealer Public Gold)

Pada hujung tahun (iaitu bulan Disember), diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi:

i. 20g:  RM 2698 X 37% = 998.26
   RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
   RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g:  RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
    RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52 dgn itu, walaupun emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal

Jika pelaburan ASB dgn Jumlah RM20,202, dividen yang akan diperolehi setahun kemudian = RM20,202 x 10%(ini kira = RM2,020.20


Mana yang lebih memberi untung??????????

Keuntungan emas mengatasi keuntungan ASB sebanyak RM7,474.74-RM2,020.20=RM5,454.54

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual (sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke Public Gold sendiri. Rujuk web Public Gold utk lihat senarai dealer terkini. Jual kat kami pon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa (negotiable). Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. Semudah itu dan staright foward??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini... 

Rujukan asal: http://www.gold2rich.com/

Analisa harga Emas Semasa

Harga emas dijangka mengalami penurunan dalam minggu ini iaitu sehingga USD1650 - USD1625/oz.


UNTUK HARGA SEMASA EMAS KELUARAN PUBLIC GOLD, KLIK
http://publicdinar.com.my/liveprice.html 

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami.

MYCO : PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Friday, October 14, 2011

Analisa Teknikal Harga Emas Semasa

Harga semasa graf (daily range) ini diambil@10.00 am 14/Oct/11 adalah USD1666/oz. Candlestick menuju ke garisan Moving Average (Period 50@USD1756/oz). Jangkaan, harga akan mencapai USD1756/oz dalam masa 1 ke 2 minggu dari sekarang. Tetapi harga dari semalan hingga ke hari ini mengalami sedikit penurunan, tetapi tidak akan melewati USD1658/oz. Situasi ini kerap berlaku kerana tempoh 'closing market' hujung minggu semakin hampir. Admin sendiri, tengah memantau untuk membuat 'lock' harga bagi belian baru sebelum 'market close'.

Jika anda membeli emas sekarang, anda akan menikmati keuntungan jangka pendek, memandangkan harga emas dalan situasi trend menaik, walaupun mengalami sedikit penurunan tetapi kenaikan berterusan.

UNTUK HARGA SEMASA EMAS KELUARAN PUBLIC GOLD, KLIK
http://publicdinar.com.my/liveprice.html 
(Pembetulan sedang dibuat, untuk memaparkan harga disebelah kanan blog ini, masalah berpunca dari HQ PG, kesulitan harap dimaafkan)

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami.

MYCO : PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Thursday, October 13, 2011

Analisa Teknikal Harga Emas Semasa

Meneruskan trend menaik. Ketiga-tiga MOVING AVERAGE (warna hijau) membuktikan segalanya dan masih lagi mengekalkan kecerunan seperti semalam. Harga masa graf (daily range) ini diambil@12.00tgh 13/Oct/11 iaitu USD1680. Candlestick movement, sememangnya ditunggu oleh pelabur emas fizikal yang telah membeli masa harga rendah. Candlestick menuju ke garisan Bollinger Band (Period 100@USD1759) warna hijau tua. Jangkaan, harga akan mencapai USD1759 dalam masa 1 minggu ke 2 minggu dari sekarang.

Jika anda membeli emas sekarang, anda akan menikmati keuntungan yang jangka pendek, memandangkan trend kenaikan harga yang terus meningkat.

UNTUK HARGA SEMASA EMAS KELUARAN PUBLIC GOLD, KLIK http://publicdinar.com.my/liveprice.html (Pembetulan sedang dibuat, untuk memaparkan harga disebelah kanan blog ini, masalah berpunca dari HQ PG, kesulitan harap dimaafkan)

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi saya kami.

PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Monday, October 10, 2011

Harga Emas Semasa

Harga emas berada dalam trend menaik. Ketiga-tiga MOVING AVERAGE (warna hijau) membuktikan segalanya. Harga masa graf (daily range) ini diambil@8.30pm 12/Oct/11 ialah USD1691.83. Candlestick movement, mmg ditunggu oleh pelabur emas fizikal yang telah membeli masa harga rendah. Candlestick nampak macam mencari garisan bollinger band (Period 50) warna hijau tua.

Jika anda membeli emas sekarang, anda akan menikmati keuntungan yang cepat. Kami sendiri telah melakukan 2 hari lepas, dan pada 8.30pm 12/Oct/11 telah mencapai kenaikan 2%. Itu cuma dalam masa 2 hari, bayangkan kalau seminggu, sebulan, setahun. Jadi anda boleh jangka kenaikan harga emas yang anda beli. Macam mana dengan ASB, Tabung Haji, AHB, Unit Trust????? Tunggu pengumuman dari agensi, baru kita tahu berapa peratus yang dapat hasil dari pelaburan pokok.

UNTUK HARGA SEMASA EMAS KELUARAN PUBLIC GOLD, KLIK http://publicdinar.com.my/liveprice.html (Pembetulan sedang dibuat, untuk memaparkan harga disebelah kanan blog ini, masalah berpunca dari HQ PG, kesulitan harap dimaafkan)

Ingin membeli emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi saya SEGERA sebelum harga semakin naik


PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Saturday, October 8, 2011

BELUM TERLAMBAT: Lagi Tunggu, Lagi Mahal






Semakin hari semakin ramai mula sedar akan kelebihan melabur atau membeli dan menyimpan emas. Apa jua bentuk emas, tidak menjadi hal. Dalam pasaran berbagai kategori dan kualiti emas. Tidak ketinggalan juga dengan perak (silver). Kedua-dua logam ini adalah logam yang mampu memberikan keuntungan yang pasti. Tetapi perlu tahu, selain dari mendapatkan keuntungan, emas dalam tangan mampu digunakan untuk meningkatkan jumlah aset dan memberikan kita kebebasan kewangan. 

APA ANDA TUNGGU LAGI? LAGI LAMA HARGA LAGI NAIK

Sememangnya terbukti, lihat sahaja graf emas di atas, jika dibandingkan dengan saham amanah atau trust account, kenaikan nilai emas jauh lebih berbaloi. Dengan melabur atau membeli dan menyimpan emas anda mampu memegang duit tunai ribu-riban. Banyak kaedah dan panduan yang bolleh diikuti. Kami sendiri mengguna pakai kaedah 'MENDULANG EMAS'. Secara ringkas, kaedah ini hanya menggunakan modal awal sekali sahaja, dan bijak menggunakan perkhidmatan pinjaman dari emas tersebut untuk memberi keuntungan dalam masa 24 jam sahaja. Tidak perlu ditunggu lama. Dengan kaedah ini, anda meningkatkan kuantiti emas anda dalam masa 24 jam.

Harga emas sekarang berada di antara USD1600/oz-USD1700/oz. Tidak mustahil akan naik dan sekali lagi mencapai USD1900/oz dan seterusnya meninggalkan USD1900/oz.

Ingin tahu kaedah ini dengan terperinci? Hubungi kami, tidak dikenakan bayaran apa-apa, kalau nak belanja minum warung tepi jalan tu, saya tidak menolak. DENGAN IZINNYA ILMU DIPEROLEHI

Tuesday, October 4, 2011

Pendaftaran PERCUMA Untuk Membolehkan Anda Membeli dan Mendaftar Sebagai DEALER PUBLIC GOLD

1. Mula-mula hantarkan maklumat berikut kepada kami; sms ke 0169535267/0192547882 ATAU email ke myconiaga@gmail.com

Email:
Nama:
IC no:
Alamat surat menyurat:
Education:
Job title:
Company name:

2. Anda akan menerima email dan dinyatakan USERNAME & PASSWORD anda, dan sila buat PENGESAHAN

3. Setelah PENGESAHAN dibuat, layari http://publicgold.com.my/, KLIK pada CUSTOMER LOGIN, masukkan USERNAME dan PASSWORD

4. Anda sudah boleh membuat tempahan produk-produk Public Gold dengan KLIK pada ORDER. Pilih produk dan QTY, COLLECTION OPTION, PAYMENT TYPE, PAYMENT THROUGH dan UPDATE ORDER. Seterusnya CONFIRM ORDER

5. Anda akan menerima email bersama lampiran PURCHASE OF GOLD PRODUCTS

6. Membuat bayaran di bank dan JANGAN lupa mengambil salinan PAYMENT SLIP (Contoh payment slip untuk mendaftar sebagai DEALER, belian min RM 20,000)

7. Fax ke 04-6464 916 ATAU email payment slip ke payment@publicgold.com.my

8. Tel Cawangan PG yang anda pilih dalam COLLECTION OPTION untuk bertanya order anda bila boleh buat COLLECTION. Bawa PAYMENT SLIP bersama PURCHASE OF GOLD PRODUCTS semasa mengambil order anda di Cawangan PG. Jika belian anda min RM20,000 anda layak untuk mendaftar sebagai DEALER dengan mengisi borang pendaftaran semasa mengambil order anda. Tiada dikenakan untuk pendaftaran, malahan anda layak mendapat bayaran komisen setiap belian/jualan anda kelak serta kemudahan lain yang layak bagi anda selaku DEALER yang sah.

Nota: 
Semasa mengisi borang DEALER, bahagian INTRODUCER letakkan nama NORKHAIFIZAN BINTI AHMAD (PG011700)

Jika belian runcit iaitu kurang RM20,000 boleh menghubungi kami di 0192547882/0169535267 ATAU email kepada myconiaga@gmail.com untuk kami membuat tempahan/belian untuk anda.

Sila layari:

http://dulang-emas.blogspot.com/

Sunday, October 2, 2011

Rebut Peluang Yang Ada

Harga sekarang mula menaik kembali, tetapi masih di bawah USD1650/oz (graf di bawah membuktikannya). Penganalis menjangkakan harga akan melepasi USD1900/oz menjelang hujung tahun. Jika sebelum ini pernah mencecah harga tersebut, tetapi buat sementara waktu sahaja. Kenaikan ini dijangka akan melepasi harga tersebut, dan seterusnya meninggalkannya.

Apa ditunggu lagi, REBUT PELUANG YANG ADA semasa harga emas masih rendah. 


Untuk membeli ATAU menjadi pengedar produk-produk PG, boleh menghubungi kami, harga yang dinyatakan oleh Public Gold, itu la juga harga dari kami.

Friday, September 30, 2011

Gelang Tangan, Rantai Leher dan Loket Sedia Ditempah

Kami pengedar sah Public Jewellery produk yang merangkumi gelang tangan, rantai leher dan loket emas. Tempahan boleh dibuat dengan menelefon kami di talian 0169535267 / 0192547882 ATAU email myconiaga@gmail.com ATAU pm di facebook MYCO NIAGA. Kami sedia memberi perkhidmatan jualan dan belian balik produk-produk Public Gold dengan harga semasa. Amat berbaloi dan TIADA HARGA UPAH.

Emas sememangnya pelaburan dan perniagaan yang menjamin masa depan anda dan keluarga.

Antara produk-produk Public Jewellery yang dikeluarkan


UNTUK KATALOG KESELURUHAN PRODUK BESERTA HARGA SEMASA, SILA LAYARI :
http://www.publicjewellery.com.my/catalogue/index.php

Jika anda berbelanja min RM20 ribu, anda layak memohon menjadi NORMAL DEALER dan menerima komisen setiap kali anda membeli mana-mana produk Public Gold, dan lain-lain kemudahan yang disediakan oleh Public Gold. Rebutlah peluang yang tersedia dalam pelaburan dan perniagaan emas, yang pasti menjamin kewangan masa depan anda.

Friday, September 23, 2011

Gold Technical Analysis 23rd September 2011. The Fed Strikes back.

For those who traded without considering any fundamental announcements, you probably got sucked into a bear trap. Which is a consolidation that turned bearish suddenly. What did the Fed do to make it bearish? Here you go.

Any ways not all is lost yet, trading now is extremely volatile, I personally would wait till the Asian Markets open, remember the Chinese are great gold bugs and will probably see a great bullish move to counter this ‘horrific plunge’

For Singapore’s Side, gold might have fallen, but the US exchange rate has rise to 1.3 : 1. Price of gold in SGD has essentially stayed almost the same.

Read on for the Trading situation today.


If gold falls beyond these 2 levels then it is going into a free-fall mode till the 1600-1650 levels. If it decisively challenges these areas then it could be back into consolidation mood, but prepare for wild swings. WILD.

Still looking very bearish in the middle and short term. Longing gold perhaps should only be done once it is above the purple line decisively.


Looking bullish doesn’t it? This is a 10 minute chart, it is showing what I call the ultra short term. It is now in the buy zone. But the overall tone is fundamentally bearish due to NO hint of QE being announced.

Cheers

-Sean-
http://www.assettrend.com/technical-analysis/gold-technical-analysis-23rd-september-2011-the-fed-strikes-back