Wednesday, October 19, 2011

Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB

Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 :
Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? Adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : 
Emas nak jual kat sape? Mudah ke prosesnya?

Jawapan No 1:
Ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada awal tahun (bulan Januari) mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram:  RM 2698.00 x 5 keping = RM 13,490
ii. 50 gram: RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202 (layak mendaftar sebagai Dealer Public Gold)

Pada hujung tahun (iaitu bulan Disember), diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi:

i. 20g:  RM 2698 X 37% = 998.26
   RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
   RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g:  RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
    RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52 dgn itu, walaupun emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal

Jika pelaburan ASB dgn Jumlah RM20,202, dividen yang akan diperolehi setahun kemudian = RM20,202 x 10%(ini kira = RM2,020.20


Mana yang lebih memberi untung??????????

Keuntungan emas mengatasi keuntungan ASB sebanyak RM7,474.74-RM2,020.20=RM5,454.54

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual (sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke Public Gold sendiri. Rujuk web Public Gold utk lihat senarai dealer terkini. Jual kat kami pon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa (negotiable). Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. Semudah itu dan staright foward??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini... 

Rujukan asal: http://www.gold2rich.com/