Friday, September 21, 2012

KENAIKAN HARGA EMAS >200% DALAM TEMPOH 5 TAHUN

Graf yang dipetik dari www.kitco.com pada hari ini@21 September 2012 menunjukkan kenaikan harga emas dari September 2007 sehingga September 2012 adalah sebanyak 267%.

Ini bermakna jika anda membeli emas dengan harga RM10,000.00 pada September 2007 sudah berharga RM26,700.00 pada September 2012. Oleh itu kenaikan sebanyak RM16,700.00.

Jika anda membeli emas dengan harga RM100,000.00 pada September 2007 sudah berharga RM267,000.00 pada September 2012. Oleh itu kenaikan sebanyak RM167,000.00.

Inilah realitinya keuntungan yang mampu diperolehi dalam menjadikan emas sebagai cabang pelaburan.

Thursday, April 12, 2012

MENGAPA PERLU MILIKI EMAS

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.



Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.
Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.
Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes. 5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Tuesday, April 10, 2012

ZAKAT EMAS

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.90

Mari Mengenal Jenis Emas

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
KETULENAN PIAWAI EMAS BARU
( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
24K mengikut ukuran lama
( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
( c ) 916.6 Emas Singapura. 22K mengikut ukuran lama
( d ) 875
( e ) 835
( f ) 750 - 18K mengikut ukuran lama
( g ) 585 - 14K mengikut ukuran lama
( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
( i ) Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

CARA MENGUKUR KETULENAN PIAWAI
KARAT x 100 =  Ketulinan  (24Karat)
CARA MENGUKUR KARAT
(Ketulinan x 24)/1000 = KARAT

Contoh Pengiraan :
Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).
(750 x 24)/1000 = 18K
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :
Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

Tuesday, February 21, 2012

Produk i-series 22k (Emas 916) Keluaran PUBLIC GOLD


Harga semasa dipaparkan sebelah kanan blog ini.

Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Friday, February 3, 2012

KENAIKAN HARGA EMAS SEMASA

Jadual Pengiraan

Dengan membuat belian bar emas PUBLIC GOLD pada 1hb Januari 2012 yang lalu, dengan menjualnya kembali kepada PUBLIC GOLD pada 3hb Februari 2012, memberikan keuntungan seperti ditunjukkan dalam Jadual Pengiraan di atas.

Jika disimpan lagi emas tersebut dan menjualnya pada hujung tahun, keuntungan lagi besar akan diperolehi. Kesimpulannya, lagi lama disimpan lagi besarlah keuntungannya.

Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Tuesday, January 24, 2012

KENAIKAN HARGA 'SILVER'



PENGIRAAN:
Untuk 100g Silver Bar
Harga beli@1/1/2012 = RM362.00
Harga beli@24/1/2012 = RM417.00
Kenaikan =  RM417.00 - RM362.00 = RM55.00 (15.19%)

Untuk 250g Silver Bar
Harga beli@1/1/2012 = RM900.00
Harga beli@24/1/2012 = RM1,039.00
Kenaikan =  RM1,039.00 - RM900.00 = RM139.00 (15.44%)

Untuk 500g Silver Bar
Harga beli@1/1/2012 = RM1,739.00
Harga beli@24/1/2012 = RM2,070.00
Kenaikan =  RM2,070.00 - RM1,739.00 = RM331.00 (19.03%)

Untuk 1kg Silver Bar
Harga beli@1/1/2012 = RM3,572.00
Harga beli@24/1/2012 = RM4,123.00
Kenaikan =  RM4,123.00 - RM3,572.00 = RM551.00 (15.42%)

Dalam tempoh 24 hari, keuntungan pelaburan silver mampu memberi keuntungan sebanyak 15%. Apa yang perlu dilakukan hanya membeli silver bar dari Public Gold, menyimpannya dan kemudian menjual semula kepada Public Gold apabila harga meningkat. Jadi, tidak perlu kita bersusah payah seperti mana sistem MLM. 

Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Sunday, January 1, 2012

HARGA PUBLIC GOLD 1HB JANUARI 2012

Permulaan tahun baru 2012 yang memberi peluang kepada pelabur emas sedia ada untuk menambah stok. Kepada anda yang ingin menambah cabang pelaburan sempena tahun baru 2012, sekarang adalah masa yang sesuai untuk memulakannya. Gambar di bawah menunjukkan harga Public Gold pada 1 Januari 2012 dan graf pergerakan harga emas 1 tahun iaitu sepanjang tahun 2011. Sememangnya harga emas akan terus meningkat saban tahun. Graf harga emas untuk 5 tahun dan 10 tahun sebelum ini membuktikan segalanya.


Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Thursday, December 8, 2011

Public Gold X-Plan

Wednesday, December 7, 2011

Did you know? Gold Karat is a measure of percentage purity, not weight.

Karats are often mistaken to be a weight measure used by jewelers. Instead karats are a measure of gold's purity.

Pure gold is too maleable to be used as-is by jewelers: a ring made of pure gold would bend and loose its shape and be impossible to wear. So jewelers "dillute" gold by mixing it with other stronger metals. One Karat measures the fineness of gold in 1/24 part which is 4.2%. Hence a 18 karat gold ring is made of 18/24 parts of gold, or 75% gold and 25% other metals.

Metals added to gold are of cheaper value, so for equals weight, the price of a jewelery item goes up when the karat count goes up too.

Friday, November 18, 2011

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas Fizikal

Beberapa tips bagi menjana keuntungan melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca . Teknik-teknik yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memahami bagaimana keuntungan dapat dijana melalui pelaburan emas. Semua ini diperolehi dari rujukan-rujukan dari beberapa praktik sifu pelabur emas di Malaysia. Selamat membaca! 

TEKNIK PERTAMA :  Beli emas & jual apabila harga naik. 
Apa yang perlu dilakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik asas yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Cuma tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan, dengan merujuk kepada harga pasaran semasa.

Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.

Diingatkan kepada para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana (6 ke 12 bulan) & panjang (12 bulan ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!



TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan & konsisten.
Kaedah ini memerlukan disiplin, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.4.00
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.2.00
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR). Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah: 
(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6,478.44. Jadi, keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 22.67%. 

Oleh itu mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!
TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum.


Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 x 15 = 27,348.00 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.40
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.20
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

Kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,080.71 bagi  setiap 20 gram jongkong emas.

Maka keuntungan anda ialah:
(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong=RM21,847.54


Oleh itu keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 40.38%.

TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada UNTUNG atau TIDAK seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.


Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.


Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Di bawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.


KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10,000.00 untuk tempoh 5 tahun maka ansuran perlu dibayar sebanyak RM227.00 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00. Jika RM10,000.00 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.


Apabila pinjaman sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2,351.00.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18,808.00 (RM2351 x 8)



Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4,505.00 seunit. Jadi RM4,505.00 x 8 keping = RM36,040.00



Keuntungan bersih anda ialah RM22,420.00 dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!

Rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas (diingatkan Ar-Rahnu hanya terima barang kemas sahaja).
Sekarang akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur-pelabur emas bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik Ar-Rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.

Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step di bawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di Ar-Rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksimakan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar-Rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi beberapa kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000.00 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.
TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik di atas, kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!! 

Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!! 

Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!


Bagaimana melabur sambil berniaga?
Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun berpeluang menjual emas keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan (jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas fizikal yang menjual emas mengikut harga antarabangsa.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.
Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my (atau blog ini) dan harga ini berubah setiap 20 minit.
Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
1. Komisyen jualan 1.5% (khas untuk Priority Dealer)
Anda akan mendapat komisen jualan sebanyak 1.5% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisen 1.5%.
Sebagai contoh: Berdasarkan harga emas Public Gold di atas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057.00 + RM30.00 (kos pengangkutan) maka komisen anda adalah RM210.85 (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).
2. Keuntungan belian balik di antara 5%-6%.
Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “We Buy” (lihat harga di atas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut pada harga “We Sell” dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.

Sebagai contoh: Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda membelinya pada harga RM13,354.00. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057.00 + RM30.00. Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini.

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula.

Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut apabila harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.
Semoga, perkongsian ilmu ini dapat membantu para pembaca blog ini memahami menjana keuntungan dengan pelabuan emas fizikal.


Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Thursday, November 17, 2011

Pilihan Pelaburan

Dengan RM10,000.00. Apa pelaburan yang memberikan keuntungan tinggi dengan risiko rendah?
Ok. Mari kita lihat pilihan-pilihan yang ada.

A. Pelaburan Risiko Rendah = Keuntungan Rendah
  1. Simpan di dalam akaun simpanan dan nikmati faedah 0.15 – 1.4% setahun = maksima RM140.00 setahun
  2. Simpan di dalam akaun simpanan tetap dan nikmati faedah 3.0 – 3.8% setahun = maksima RM380.00 setahun
  3. Simpan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan nikmati faedah 7.0 – 9.0% setahun = maksima RM900.0
Kesan : Selamat & Tidak terdedah kepada kehilangan modal

B. Pelaburan Risiko Sederhana = Pulangan Sederhana
  1. Simpan di dalam Unit Amanah (Unit Trust) dan nikmati kadar faedah purata 10.0% – 20.0% setahun = maksima RM2,000.00
Kesan : Selamat dan mempunyai kemungkinan untuk kehilangan modal

C. Pelaburan Risiko Tinggi = Pulangan Tinggi
  1. Melabur di dalam pelbagai instrument pasaran saham, stok dan sebagainya dan nikmati kadar dengan faedah melebihi 100%
Kesan : Tinggi risiko untuk kehilangan modal pelaburan dan berkemungkinan untung lebih tinggi . Tidak digalakkan bagi kebanyakan pelabur yang tidak berpengetahuan. Bayaran yuran 'Remaiser' dikenakan.

D. Pelaburan Risiko Rendah = Pulangan Tinggi
  1. Simpan di dalam bentuk emas fizikal dan nikmati kadar pulangan purata 25 – 42% setahun = maksima  RM4,200.00 setahun
Kesan : Selamat dan anda mempunyai kawalan bagi menentukan kadar pulangan pelaburan anda pada bila-bila masa sahaja. Mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi serta jangka hayat yang panjang. Kita sendiri yang menentukan bila hendak mengaut keuntungan.

Pilihan pada anda, buatlah pilihan yang bijak untuk anda melabur untuk masa depan?


Berikut adalah jadual perbandingan pelaburan yang dengan anggaran purata keuntungan tahunan.

Jadual Perbandingan Antara Cabang Pulangan Pelaburan

Graf Kenaikan Harga Emas www.kitco.com Pada 16 November 2011

Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Wednesday, November 16, 2011

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8%. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8%.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5%. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, 1 auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. 

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. 

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami. Khidmat rundingan PERCUMA diberikan.
PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Monday, November 14, 2011

PUBLIC GOLD GALA DINNER 11.11.11-Golden Heart For Charity

Pada 11.11.2011, Public Gold telah mengadakan makan malam tahunan ke-3, dengan tema pada kali ini 'Golden Heart For Charity' bertempat di Sunway Convention Centre. Hasil jualan tiket didermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah. Semua agen yang hadir turut berderma dengan membeli tiket untuk hadir ke makan malam ini.

Kami kumpulan 'Dulang Emas' bersama group 'Rahsia Tambah Pendapatan Dengan Emas'  tidak ketinggalan hadir untuk bersama-sama menderma kepada Yayasan disamping mengeratkan tali-silaturahim antara kami dan agen-agen Public Gold seluruh Malaysia.

Bergambar Bersama Dato' Louis Ng (Chairman Public Gold)              

Sebelum Masuk Dewan Sempat Bergambar                                        

Dimeja Sempat Berkongsi Idea dan Bertukar Pendapat                       


Jika berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Wednesday, November 9, 2011

Keuntungan Pelaburan Emas Fizikal

Kali ini sekali lagi admin Dulang Emas sama-sama ingin berkongsi dengan pembaca semua, adakah anda masih tertanya-tanya. Jika pelaburan AMANAH/UNIT TRUST/SAHAM KOPERASI mungkin anda semua tahu, di mana dividen/keuntungan akan diberi kepada para pelabur setahun sekali. BAGAIMANA dengan pelaburan emas fizikal??? Artikel ini akan menunjukkan bagaimana anda akan perolehi keuntungan dengan pelaburan emas fizikal.
Pada 25/2/2011, anda membeli emas bar dari PG (atau kami selaku Agen) pada harga PG Sell dan akhirnya pada 9/11/2011 jika ingin mengaut keuntungan, emas tersebut boleh dijual semula kepada PG (atau kami selaku Agen) pada harga PG Buy.

Hasilnya adalah seperti jadual di bawah.


Jika Bar 20g keuntungan sebanyak 18% (paling rendah) manakala jika Bar 250g keuntungan sebanyak 20%. Ini cuma tempoh selama 8 ke 9 bulan sahaja.

Mungkin anda akan terasa rugi tak beli pada awalnya. TIDAK, sebab anda belum melabur, macam mana rugi pulak. Anda masih tidak yakin, dan ingin tahu secara vobal tentang pelaburan emas? Hubungi admin Dulang Emas, kami sedia membantu untuk memberi khidmat perundingan PERCUMA.

Tuesday, November 8, 2011

Kenaikan Harga Emas

(Graf di sunting dari http://www.kitco.com/charts/livegold.html pada 8 November 2011@10.15 a.m.)

Jika post sebelum ini menyediakan bagaimana dengan melabur emas memberikan peratus keuntungan yang dijana melalui emas sepanjang 2010 adalah 34.13 %!!! Nampak gaya untuk tahun 2011 ini akan mengatasi dan akan memberi keuntungan melebihi 40%. Jika anda sebagai pelabur emas, sudah boleh untuk menconggak keuntungan yang akan anda perolehi. Kepada mereka yang belum memulakan pelaburan emas, harga hari ini masih lagi di bawah RESISTANCE (USD1900.30) yang pernah dicapai sebelum ini. Lagi ditunggu, emas masih ada TETAPI harga hari ini sudah menjadi SEJARAH.

Post sebelum ini ada mengatakan keuntungan pelaburan atau simpanan dalam bentuk emas sebenarnya BUKAN SATU REKTORIT! Sebaliknya ia adalah FAKTA dan graf di atas menjadi bukti kukuh mengapa EMAS adalah pelaburan dan pelindung kekayaan terbaik.

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami. Khidmat rundingan PERCUMA diberikan.
PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Friday, October 28, 2011

Keuntungan Pelaburan Emas dan Perak

Betul ke pelaburan dan simpanan dalam bentuk emas kebanyakan orang bercakap memberikan keuntungan yang lumayan. Betul ke seperti kata pelabur-pelabur emas atau penyimpan-penyimpan emas dan perak yang mana keuntungan emas dan perak antara 20%-37%. Sehinggakan ada yang membuat perbandingan dengan pelaburan ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan sebagainya?

Atau itu HANYA penipuan dan sekadar bahan pelaris agar emas yang mereka jual meraka laku? Bagi anda yang baru mahu melibatkan diri dalam portfolio simpanan dan pelaburan emas, jika diceritakan tentang keuntungan ini, anda akan mungkin akan mengubah persepsi? Mungkin TIDAK atau mungkin YA! Jawapan ada pada ANDA.

Baiklah, keuntungan pelaburan atau simpanan dalam bentuk emas sebenarnya BUKAN SATU REKTORIT! Sebaliknya ia adalah FAKTA dan menjadi bukti kukuh mengapa EMAS dan PERAK antara alternatif pelaburan dan pelindung kekayaan terbaik.

Sila lihat graf analisa keuntungan emas sepanjang tahun 2010:
Keuntungan yang dijana melalui emas sepanjang 2010 adalah 34.13 %!!!

Pengiraan keuntungan = 1423.70-1061.40 x 100
                                             1061.40

                                  = 34.13%

"Hanya pelaris perniagaan penjual emas?" TIDAK!

Graf analisa 10 tahun pergerakan harga emas dari tahun 2000-2010:
Keuntungan yang dijana dari tahun 2000-2010 adalah 457.65% bersamaan secara purata 45.76% setiap tahun.
Lihat pula graf pergerakan harga perak sepanjang tahun 2010:
Keuntungan yang dijana melalui perak sepanjang 2010 adalah 106.34%!!!

Pengiraan keuntungan = 30.91-14.98  x 100
                                          14.98

                                  = 106.34%

Inilah yang menyebabkan mereka yang mengetahui keuntungan pelaburan emas tidak lagi menoleh ke belakang. ANDA macam mana????

Tuesday, October 25, 2011

Beli... Simpan... Jual.... Untung

Sama-sama kita tengok bagaimana pelaburan emas memberi keuntungan melebihi 30% hanya dalam tempoh 18 bulan (1 tahun 6 bulan) sahaja. Tidak perlu  nak buat manipulasi.... Anda hanya beli... simpan...jual, itu sahaja!!!

Di mana hendak beli?....dengan kami boleh

Di mana hendak simpan?....di rumah boleh, sewa peti simpanan boleh, ar-rahnu boleh,  dengan kami (Public Safe) pun boleh

Di mana hendak jual?....dengan kami boleh


PENGIRAAN KEUNTUNGAN:

Dengan membeli gold bar 100g
@23/08/09

Harga beli (selling price@23/08/09) = RM11,275.00
 
Harga jual (buying price@25/02/11) = RM14,887.00

Keuntungan bersih : RM14,887.00-RM11,275.00 = RM3,612.00

Peratus keuntungan keseluruhan : (RM3,612.00/RM11,275.00) x 100% = 32% 

Peratus keuntungan bulanan : (32% / 18 bulan) = 1.7% 

Peratus keuntungan setahun : 1.7% x 12 bulan = 20.4% 

Peratus keuntungan 5 tahun : 1.7% x 60 bulan = (anda kira) 

Peratus keuntungan 10 tahun : 1.7% x 120 bulan = (anda kira)

Ini adalah asas mudah untuk membuat pelaburan emas. Yang membezakan dengan pelaburan unit Amanah lain seperti ASB, Unit Trust, Saham dsb., ialah, kita dapat mengira berapa keuntungan yang akan dapat hasil dari kenaikan harga emas, bila masa kita hendak menjual semula emas untuk membolehkan kita mendapat untung. Emas ada dalam tangan, nak pakai (kalau barang kemas) atau nak pajak atau nak simpan sahaja terpulang kepada kita, namun nilainya tetap meningkat.

Bagaimana dengan ASB, Unit Trust dan Saham? ASB ada buku...Unit Trust ada surat perjanjian, Saham ada sijilnya....nak pakai? atau nak pajak? atau nak simpan? Jawapan ada pada anda..... 

Jika anda baru hendak bermula tahun ini@2011 tiada masalah, kelebihannya anda boleh mendapat ilmu pelaburan emas dengan mudah dan cepat berbanding mereka yang 'struggle' sebelum ini, kerana 'dealer' syarikat belum ramai, tetapi sekarang merata pelusuk ada untuk memudahkan anda. Rangkaian antara 'dealer' pun ramai. 
Hubungi kami 016-9535267 / 019-2547882 (jika ada sebarang pertanyaan)

Wednesday, October 19, 2011

Emas vs ASB vs Unit Amanah

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas), seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Saham Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik. 

Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. 

Semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS.

Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas.
Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan
1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.

2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.

3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.

4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.

Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.

1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun?
One year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%.
10 year Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah
sumber: goldprice.org

Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.

2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular:
   
   i. Biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24 karat) atau 916 (22 karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer.
   ii. Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun. Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa.

Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.

3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar RM70/tahun.