Friday, November 18, 2011

Teknik Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas Fizikal

Beberapa tips bagi menjana keuntungan melalui pelaburan emas khas kepada semua pembaca . Teknik-teknik yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memahami bagaimana keuntungan dapat dijana melalui pelaburan emas. Semua ini diperolehi dari rujukan-rujukan dari beberapa praktik sifu pelabur emas di Malaysia. Selamat membaca! 

TEKNIK PERTAMA :  Beli emas & jual apabila harga naik. 
Apa yang perlu dilakukan adalah beli EMAS SEKARANG. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik. Ini adalah teknik asas yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Cuma tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan, dengan merujuk kepada harga pasaran semasa.

Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.

Diingatkan kepada para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana (6 ke 12 bulan) & panjang (12 bulan ke atas). Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang!!



TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan & konsisten.
Kaedah ini memerlukan disiplin, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (cost averaging). Contohnya target anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.4.00
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.2.00
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

(Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 usd = 3.5 MYR). Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas.

Pada 28/11/2010 nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM2921 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah: 
(RM2921 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM6,478.44. Jadi, keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 22.67%. 

Oleh itu mengapa tunggu lagi? Belilah emas sekarang!
TIPS bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum.


Sila lihat contoh di bawah ini:
Di dalam contoh ini saya telah membuat belian pertama sebanyak 15 jongkong emas seberat 20 gram setiap satu. Mari kita lihat pengiraannya:
Tarikh Harga Belian (RM)
Tarikh Harga Belian (RM)
15/1/2009 1,823.20 x 15 = 27,348.00 29/1/2010 2,430.80
11/3/2009 2,025.80 23/3/2010 2,475.80
18/5/2009 2,070.80 21/5/2010 2,656.00
13/7/2009 2,048.20 23/7/2010 2,678.40
1/9/2009 2,149.60 6/9/2010 2,813.20
3/11/2009 2,385.80 17/11/2010 3,016.00

Kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2,080.71 bagi  setiap 20 gram jongkong emas.

Maka keuntungan anda ialah:
(RM2921 – RM2080.71) x 26 jongkong=RM21,847.54


Oleh itu keuntungan anda dengan menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah sebanyak 40.38%.

TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.
Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada UNTUNG atau TIDAK seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas.


Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.


Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Di bawah ini adalah hasil analisa berdasarkan data yang sebenar.


KAJIAN KES:
Pada Mei 2002 jika membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10,000.00 untuk tempoh 5 tahun maka ansuran perlu dibayar sebanyak RM227.00 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00. Jika RM10,000.00 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.


Apabila pinjaman sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2,351.00.

Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18,808.00 (RM2351 x 8)



Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5,188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:
Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4,505.00 seunit. Jadi RM4,505.00 x 8 keping = RM36,040.00



Keuntungan bersih anda ialah RM22,420.00 dalam masa 8 tahun (bersamaan 224%). Purata pulangan ialah 28% setahun. Memang Lumayan!!

Rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas (diingatkan Ar-Rahnu hanya terima barang kemas sahaja).
Sekarang akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur-pelabur emas bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik Ar-Rahnu. Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja. Jika anda sudah beli emas fizikal…teknik ini sesuai untuk anda.

Caranya amat mudah sekali. Sila lihat step-step di bawah ini:
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di Ar-Rahnu ketika harga emas rendah. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksimakan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar-Rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi beberapa kali. Sebab itu saya katakana lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000.00 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan ar-rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda + keuntungan setelah menolak kos upah simpan di ar-rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.
TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.
Sekarang akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik di atas, kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Ya…teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung!! 

Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung!! 

Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung!!!


Bagaimana melabur sambil berniaga?
Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun berpeluang menjual emas keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan (jauh lebih murah berbanding harga jongkong emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas fizikal yang menjual emas mengikut harga antarabangsa.

Keuntungan menjadi agen Public Gold.
Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my (atau blog ini) dan harga ini berubah setiap 20 minit.
Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
1. Komisyen jualan 1.5% (khas untuk Priority Dealer)
Anda akan mendapat komisen jualan sebanyak 1.5% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisen 1.5%.
Sebagai contoh: Berdasarkan harga emas Public Gold di atas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057.00 + RM30.00 (kos pengangkutan) maka komisen anda adalah RM210.85 (kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).
2. Keuntungan belian balik di antara 5%-6%.
Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga “We Buy” (lihat harga di atas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut pada harga “We Sell” dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.

Sebagai contoh: Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda membelinya pada harga RM13,354.00. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14,057.00 + RM30.00. Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini.

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula.

Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut apabila harganya naik. Anda boleh mendapat keuntungan tambahan bernilai ratusan ringgit dengan membuat teknik ini.
Semoga, perkongsian ilmu ini dapat membantu para pembaca blog ini memahami menjana keuntungan dengan pelabuan emas fizikal.


Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Thursday, November 17, 2011

Pilihan Pelaburan

Dengan RM10,000.00. Apa pelaburan yang memberikan keuntungan tinggi dengan risiko rendah?
Ok. Mari kita lihat pilihan-pilihan yang ada.

A. Pelaburan Risiko Rendah = Keuntungan Rendah
  1. Simpan di dalam akaun simpanan dan nikmati faedah 0.15 – 1.4% setahun = maksima RM140.00 setahun
  2. Simpan di dalam akaun simpanan tetap dan nikmati faedah 3.0 – 3.8% setahun = maksima RM380.00 setahun
  3. Simpan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan nikmati faedah 7.0 – 9.0% setahun = maksima RM900.0
Kesan : Selamat & Tidak terdedah kepada kehilangan modal

B. Pelaburan Risiko Sederhana = Pulangan Sederhana
  1. Simpan di dalam Unit Amanah (Unit Trust) dan nikmati kadar faedah purata 10.0% – 20.0% setahun = maksima RM2,000.00
Kesan : Selamat dan mempunyai kemungkinan untuk kehilangan modal

C. Pelaburan Risiko Tinggi = Pulangan Tinggi
  1. Melabur di dalam pelbagai instrument pasaran saham, stok dan sebagainya dan nikmati kadar dengan faedah melebihi 100%
Kesan : Tinggi risiko untuk kehilangan modal pelaburan dan berkemungkinan untung lebih tinggi . Tidak digalakkan bagi kebanyakan pelabur yang tidak berpengetahuan. Bayaran yuran 'Remaiser' dikenakan.

D. Pelaburan Risiko Rendah = Pulangan Tinggi
  1. Simpan di dalam bentuk emas fizikal dan nikmati kadar pulangan purata 25 – 42% setahun = maksima  RM4,200.00 setahun
Kesan : Selamat dan anda mempunyai kawalan bagi menentukan kadar pulangan pelaburan anda pada bila-bila masa sahaja. Mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi serta jangka hayat yang panjang. Kita sendiri yang menentukan bila hendak mengaut keuntungan.

Pilihan pada anda, buatlah pilihan yang bijak untuk anda melabur untuk masa depan?


Berikut adalah jadual perbandingan pelaburan yang dengan anggaran purata keuntungan tahunan.

Jadual Perbandingan Antara Cabang Pulangan Pelaburan

Graf Kenaikan Harga Emas www.kitco.com Pada 16 November 2011

Berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas atau ingin membeli emas Public Gold...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Wednesday, November 16, 2011

Emas sebagai alternatif pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8%. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8%.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5%. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, 1 auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. 

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. 

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Sumber dari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami. Khidmat rundingan PERCUMA diberikan.
PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com

Monday, November 14, 2011

PUBLIC GOLD GALA DINNER 11.11.11-Golden Heart For Charity

Pada 11.11.2011, Public Gold telah mengadakan makan malam tahunan ke-3, dengan tema pada kali ini 'Golden Heart For Charity' bertempat di Sunway Convention Centre. Hasil jualan tiket didermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah. Semua agen yang hadir turut berderma dengan membeli tiket untuk hadir ke makan malam ini.

Kami kumpulan 'Dulang Emas' bersama group 'Rahsia Tambah Pendapatan Dengan Emas'  tidak ketinggalan hadir untuk bersama-sama menderma kepada Yayasan disamping mengeratkan tali-silaturahim antara kami dan agen-agen Public Gold seluruh Malaysia.

Bergambar Bersama Dato' Louis Ng (Chairman Public Gold)              

Sebelum Masuk Dewan Sempat Bergambar                                        

Dimeja Sempat Berkongsi Idea dan Bertukar Pendapat                       


Jika berminat untuk bersama dalam pelaburan dan perniagaan emas...hubungi kami...MYCO 016-953 5267 / 019-254 7882...bimbingan disediakan...Insya Allah...amin

Wednesday, November 9, 2011

Keuntungan Pelaburan Emas Fizikal

Kali ini sekali lagi admin Dulang Emas sama-sama ingin berkongsi dengan pembaca semua, adakah anda masih tertanya-tanya. Jika pelaburan AMANAH/UNIT TRUST/SAHAM KOPERASI mungkin anda semua tahu, di mana dividen/keuntungan akan diberi kepada para pelabur setahun sekali. BAGAIMANA dengan pelaburan emas fizikal??? Artikel ini akan menunjukkan bagaimana anda akan perolehi keuntungan dengan pelaburan emas fizikal.
Pada 25/2/2011, anda membeli emas bar dari PG (atau kami selaku Agen) pada harga PG Sell dan akhirnya pada 9/11/2011 jika ingin mengaut keuntungan, emas tersebut boleh dijual semula kepada PG (atau kami selaku Agen) pada harga PG Buy.

Hasilnya adalah seperti jadual di bawah.


Jika Bar 20g keuntungan sebanyak 18% (paling rendah) manakala jika Bar 250g keuntungan sebanyak 20%. Ini cuma tempoh selama 8 ke 9 bulan sahaja.

Mungkin anda akan terasa rugi tak beli pada awalnya. TIDAK, sebab anda belum melabur, macam mana rugi pulak. Anda masih tidak yakin, dan ingin tahu secara vobal tentang pelaburan emas? Hubungi admin Dulang Emas, kami sedia membantu untuk memberi khidmat perundingan PERCUMA.

Tuesday, November 8, 2011

Kenaikan Harga Emas

(Graf di sunting dari http://www.kitco.com/charts/livegold.html pada 8 November 2011@10.15 a.m.)

Jika post sebelum ini menyediakan bagaimana dengan melabur emas memberikan peratus keuntungan yang dijana melalui emas sepanjang 2010 adalah 34.13 %!!! Nampak gaya untuk tahun 2011 ini akan mengatasi dan akan memberi keuntungan melebihi 40%. Jika anda sebagai pelabur emas, sudah boleh untuk menconggak keuntungan yang akan anda perolehi. Kepada mereka yang belum memulakan pelaburan emas, harga hari ini masih lagi di bawah RESISTANCE (USD1900.30) yang pernah dicapai sebelum ini. Lagi ditunggu, emas masih ada TETAPI harga hari ini sudah menjadi SEJARAH.

Post sebelum ini ada mengatakan keuntungan pelaburan atau simpanan dalam bentuk emas sebenarnya BUKAN SATU REKTORIT! Sebaliknya ia adalah FAKTA dan graf di atas menjadi bukti kukuh mengapa EMAS adalah pelaburan dan pelindung kekayaan terbaik.

Ingin membeli/menjual emas keluaran PUBLIC GOLD, hubungi kami. Khidmat rundingan PERCUMA diberikan.
PG011700
0169535267 / 0192547882
myconiaga@gmail.com